RD CLUB Malaysia
Tuesday, December 17, 2024
Karnival Gegar Generasiku di Dataran Merdeka 2010
Pada 2 Januari 2010 telah berlangsung Karnival Gegar Generasiku di Dataran Merdeka membuka tirai tahun baru. Karnival tersebut diadakan sebagai salah satu cara mendekatkan pihak remaja terutama remaja bermotorsikal dengan agensi-agensi kerajaan. Ia juga sebagai usaha usaha menyediakan aktiviti bermotorsikal dalam langkah mengurangkan gejala samseng jalanan (rempit). Kelab RD Malaysia yang bertindak sebagai peneraju dan kepada kelab-kelab dan kumpulan motorsikal yang lain telah mengadakan pelbagai program di karnival tersebut. Malah Kelab RD Malaysia diberi penghormatan membawa Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya menaiki motorsikal dengan diiringi oleh kelab-kelab motorsikal yang lain ke perasmian Karnival Gegar Generasiku pada jam 3 petang. Menurut Presiden Kelab RD Malaysia, Azhanyzam Zakaria kepada Sinar Harian, karnival yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 6 petang itu menyediakan pelbagai aktiviti terutama untuk penunggang dan peminat motorsikal. Pelbagai kelab motorsikal telah hadir bagi memeriahkan program tersebut seperti Kelab Mylamoc, Crew Of EX5, Malaysian Bikers Community, IBC, Kelab Motorsikal Klasik Malaysia, AKA Bkers, CBX Club, Retro Superbike Malaysia dan pelbagai cawangan Kelab RD Malayisa setiap negeri. Turut diadakan di karnival tersebut ialah kempen keselamatan jalan raya, pameran motorsikal dan kereta, gerai-gerai pameran, bazaar jualan, konsert Gegar Generasiku, promosi Dr Moto, pertunjukan aksi lagak ngeri motorsikal, gerai-gerai agensi kerajaan dan banyak lagi. Menurut beliau lagi, karnival ini merupakan pembukaan aktiviti untuk tahun 2010 selaras dengan sasaran Kelab RD Malaysia mempelbagaikan aktiviti dalam usaha mengurangkan gejala samseng jalanan (rempit) dan nampaknya usaha dan kempen Kelab RD Malaysia telah mula menampakkan hasilnya.
Cik Din YP
Jika disebut nama Kamarudin Bin Wahid mungkin ramai yang tidak mengenali, namun bila disebut nama Cik Din YP, nama itu tidak asing lagi bagi peminat permotoran seluruh Malaysia. Cik Din YP dahulu giat berlari maraton ketika muda dan sering menyertai larian maraton di serata negeri di Semenanjung Malaysia. Kini Cik Din YP aktif dalam aktiviti permotoran dan menjadi ikon pemotoran Malaysia. Cik Din YP telah mula aktif dalam dunia permotoran sejak tahun 1962 lagi. Walaupun umur beliau kini sudah menjangkau 79 tahun, namun beliau masih boleh mengingati jenis dan nombor plate motorsikal beliau. Antara motorsikal yang masih diingatinya ialah motorsikal pertama yang beliau beli pada tahun 1962 jenis Vespa 150 dengan no plate BG 4213, kemudian motorsikal kedua iaitu Vespa GS 160 nombor plate BK 2554 serta Yamaha Twin 100 nombor plate BQ 465. Dari tahun 1962 hingga ini beliau memiliki sebanyak 11 buah motorsikal. Motorsikal beliau yang terkini adalah Yamaha RD 250 YPVS dan Kawasaki ZZR 250.
Cik Din YP masih lagi gagah menunggang motorsikal bersama-sama Kelab RD Malaysia dan konvoi paling jauh ialah ke Patani, Thailand pada tahun 2019. Cik Din YP juga sering dijemput memeriahkan event seperti Santai Anak Utara 2022, Sg Golok Bike Week 2017, Terengganu Bike Week 2019 & 2022, Kelantan Bike Week 2019 & 2024, 12th RD Ghatering Port Dickson 2023, Melaka Bike Week 2022, Melaka Bike Meet 2023, Sg Besar Bike Week 2.0, Legacy Rider 2022, Agrofest Karak 2023, Dinner VKB 2018, TTS Santai @ Muzium Negara 2024, KL Bike Show 2023, International Festival Of Speed 2024, Desaru International Bike Week 2023, Himpunan Pejuang Rider Malaysia 2.0, Selangor Motor Day 2024, Magis Belantara Muzium Negara 2024, Fiesta Belia 2024, Karnival RAVM 2024, Hari Polis 2022, TTS Geng Motor Hari Malaysia Malakat Mall 2022, Motorsport Ghatering Permotoran Negara 2022, Retromania Autoshow dan banyak lagi. Kehadiran beliau di event-event tersebut sentiasa menarik perhatian dari segenap usia. Rata-rata kagum dengan semangat yang ditonjolkan malah ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan beliau. Malah Cik Din YP turut mendapat perhatian media cetak mahupun media, elektronik dan sosial. Kisah Cik Din YP pernah tersiar dalam akhbar The Star, Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia dan Malaysia Hari Ini di TV3.
Cik Din YP merupakan pesara Syarikat Lever Brother Bangsar dan tidak berpencen. Dengan sumbangan Baitulmal dan juga sumbangan daripada peminat-peminat beliau ketika event dapatlah beliau menampung aktiviti permotoran beliau. Malah token daripada penganjur yang menjemput beliau itu sedikit sebanyak membantu beliau. Dalam dunia permotoran ini Cik Din YP tidak lari juga daripada ditipu oeleh penganjur. Kejadian berlaku di Kedah apabila penganjur tidak mahu membayar kos towing, penginapan, tol dan petrol apabila selesai event seperti dijanjikan. Mujurlah Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mendapat tahu akan perkara tersebut dan terus membayar kos tersebut menggunakan duit peribadi beliau. Pengalaman pahit tersebut membuatkan Cik Din YP terpaksa lebih berhati-hati terhadap penganjur yang hanya tahu mengaut keuntungan sahaja. Cik Din YP juga sering berpesan jika bermotorsikal ini kena saling homat menghormati. Yang tua hormat yang muda dan yang muda hormatlah yang tua kerana dunia ini sentiasa berputar. Moga Cik Din YP terus sihat untuk meneruskan hobi permotoran beliau.
Azhanyzam Bin Zakaria
Sunday, March 6, 2011
RD CLUB Malaysia di Hari Tentera Darat ke 78
RD CLUB Malaysia di Hari Tentera Darat ke 78
Ahad 6 Mac 2011, Dataran Merdeka
Ahad 6 Mac 2011, Dataran Merdeka
Sunday, February 6, 2011
RD CLUB Malaysia PD Ride & Kempen Awam Lindungi Palestin PC2P
RD CLUB Malaysia PD Ride & Kempen Awam Lindungi Palestin PC2P pada 5-6 Februari 2011
Saturday, February 5, 2011
RD CLUB Malaysia di Majlis Pelancaran Kempen Awam Lindungi Palestin PC2P
RD CLUB Malaysia telah mendapat jemputan ke Majlis Pelancaran Kempen Awam Lindungi Palestin Public Campaign to Protect Palestine PC2P pada 05 Febuari 2011 Sabtu di Saloma Theatre Restaurant Kuala Lumpur
Saturday, January 1, 2011
Lawatan RD CLUB Malaysia dan belia MBPJ ke Muzium Tentera Darat
RD CLUB Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson pada 1.1.2011
Saturday, December 25, 2010
RD CLUB Malaysia di Program Karnival Remaja dan Belia MBPJ 2010
RD CLUB Malaysia mengadakan event permotoran di Program Karnival Remaja dan Belia MBPJ 2010 bertempat di Pusat Rakan Muda MBPJ
Subscribe to:
Posts (Atom)